Si Hitam Manis

| Isnin, 18 April 2016 | |

Assalamualaikum

Terjumpa satu post ni kat facebook, bila baca terasa post ni ditujukan pada kita pulak. Kena pulak shikin memang ikut kulit Abah sebab kulit mak memang putih melepak. Kadang-kadang tu down jugak tapi bersyukur je dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Say Alhamdulillah. Since banyak lagi perkara yang kita nak kejar dalam hidup dan masa depan instead mengejar kecantikan luaran sahaja.

Allah jadikan berkulit gelap sesuai dengan bentuk muka kita, bentuk mata kita, bentuk bibir kita..
begitu juga sebaliknya.. memang Allah dah ciptakan sesuai dengan diri kita, dengan persekitaran kita, dan dengan pasangan yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Janganlah kita pandang rendah apa yang Allah dah berikan kepada diri kerana apa yang diciptakan Allah punya hikmah mengapa dijadikan begitu dan begini. Siapalah kita untuk mempersoalkan



"Kenapa gelap je kulit ni? 

Tak guna Qu puteh ke?Tanya seorang makcik. 

Di tengok kulit di tangan dan di muka.

Takpelah makcik, saya memang menurun ayah saya. Ayah saya kulitnya gelap. Tapi adik saya semua kulit cerah-cerah.Terangkat kening makcik..

Sekarang ni semua bolehlah, pakailah produk memutihkan muka ke apa ke, kang tak kahwin kang. Dahla selalu buat kerja dekat tengah panas.

Terasa down sekejap.Takpelah, kahwin ke tak belakang kira, ada jodoh, adalah tu dengan manusia. saya kulit gelap ni sebab keturunan satu hal, satu lagi, sebab saya kerja. Jadi gelaplah kulit saya. Makcik tu mahu menyampuk, lalu sempat saya membalas kembali.Lagipun, kalau semua nak kulit putih, siapa yang nak kulit gelap? Adik beradik saya semua kulit cerah. Biarlah saya menurun kulit Ayah saya. Saya bangga dengan kulit gelap ni. Maka makcik terdiam. Saya pula hanya mampu senyum. 

Ramai yang menyangka, apabila putih maknanya cantik, sehinggakan mereka menidakkan mereka yang berkulit gelap. Eh, kulit gelap ni hitam manis tau. Comel jugak. Hihi"

Thanks for reading this entry
edit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama
Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AWESOME BLOGGER

MY PAGE VIEWS

Search

Blog Archive

Labels

Allah Muhammad

BLOGLIST

Menu Tab


Daisypath Graduation tickers



MIOW MIOW

Jangan lupa tinggalkan jejak korang di shoutbox!

Popular Posts

Pages

Follow on Facebook

© Design 1/2 a px. · 2015 · Pattern Template by Simzu · © Content Shikin Shamsudin