Dollah Juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016

| Sabtu, 26 Mac 2016 | |


Assalamualaikum

   300 orang pelajar UPM bersama Pusat kokurikulum UPM telah menghadiri Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016 di PICC (Putrajaya International Convention Centre) pada malam semalam iaitu 25/3/16. Pertama kali juga dapat ke PICC sebab sebelum ini kalau pergi Putrajaya pun selalu pergi lepak Dataran dan jambatan yang warna warni tu, nama penuhnya Jambatan Seri Wawasan. *penulisan kena baku baru sesuai dengan tajuk. hehe


Sumber : Google



Bangga apabila Bahasa Melayu dituturkan oleh pelajar dari luar dan mereka berusaha keras untuk menuturkan Bahasa Melayu dengan baik. Antara negara yang terlibat adalah China, Jepun, Iraq, Thailand, Kemboja, Amerika dan Tanzania.

Dollah (Baju putih) Nasear (Merah) Anas ( Biru)
Sumber : Google

PM & peserta Jepun PAMB 2016

Hatsune Yanai dari Jepun
Sumber : Suara TV


Senarai Peserta:

  1. Abdalla Hassan Gharib, Unimas, Tanzania
  2. Hatsune Yanai, Jepun
  3.  Muhamad Haziq Jamaludin, UiTM, Malaysia
  4. Wang Jialu Aleeya, China
  5. Megan Rose Donelly, Amerika
  6. Irfan Muhamad Fairus, Malaysia
  7. Mohamad Sa'mae ,Thailand
  8. Nasear Slayman, Kemboja
  9. Anas Mohamad Husain Kassim, Iraq

Pertandingan ini terbuka kepada 3 kategori iaitu Kategori Alam Melayu, Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Kategori Antarabangsa.  Dollah iaitu Abdalla Hassan Gharib dari Tanzania yang mewakili Unimas telah menjuarai kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Hatsune Yanai dari Jepun telah menjuarai Kategori Antarabangsa. Untuk kategori Alam Melayu pula dijuarai oleh Muhamad Haziq Jamaludin dari UiTM.

Ucapan dari Perdana Menteri

Persembahan Selingan

Nyanyian lagu 1 Malaysia sebelum tamat




Pemandangan Putrajaya dari PICC

Terima Kasih Sudi Singgah ! :)

edit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama
Dikuasakan oleh Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AWESOME BLOGGER

MY PAGE VIEWS

Search

Blog Archive

Labels

Allah Muhammad

BLOGLIST

Menu Tab


Daisypath Graduation tickers



MIOW MIOW

Jangan lupa tinggalkan jejak korang di shoutbox!

Popular Posts

Pages

Follow on Facebook

© Design 1/2 a px. · 2015 · Pattern Template by Simzu · © Content Shikin Shamsudin