Ahad, 22 November 2015

Back as Student Life

Assalamualaikum.

Setelah 2 bulan tak hupdate apa-apa kat blog ni. Almaklumlah dah busy dah jadi student balik.
Kadang-kadang bukak jugak blog tapi tak tahu nak update apa kat sini. Cerita jadi student balik, aku dah jadi warga UPM sekarang. Aku ambik major statistik kat UPM. Bila orang tanya je pastu bagitau kos statistik mesti ramai yang "waaaa!, statistik tu math tu!" Hahaha. Entah macam mana boleh dapat kos ni dekat UPM. Sebab diploma dulu ambik pure sains. Sokay, tak salah mencuba :)




 Apa2pun alhamdulillah bersyukur, mungkin ada hikmah disebalik semua ni, dan ada sebab kenapa flow nya macam tu, Allah the best planner, sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT. Nak tukar kos ke cerita kedua after finish first year kat UPM, lepas 2 bulan kat sini, actually sama ja macam life diploma, cuma degree ni lagi struggle ++ kan.Jadual pun pack kan, haa, aku dapat roomate student final year, best kot dah nak habis dah life degree dia. 

Nak cerita, UPM ni sangatlah besar, dengan ladangnya, dengan berapa banyak pintu masuk, haha sorry tak terkira lagi sebab rasanya diri sendiri pun sesat nanti, Kolej kediaman untuk student kat UPM ada 17 kolej, Haaa aku duduk kolej kelima. Banyak sangat, Kalau naik bas kat sini, tau lah strunggle nak berebut nya tu tambah-tambah waktu pagi, Hehe. * hanya student paham.

Dan kos statistik untuk batch aku kali ni, susah gila nak jumpa lepasan diploma and tak de pun diploma hmm, Niceeee. Hehehe. Terasa hakak2 sangat kat sini. Tapi ramai je tak percaya aku diploma, maklumlah saiz badan yang always awet muda, *yeke? Hehe

Btw,

.Sesapa yang study kat UPM, bawak2 lah tinggalkan jejak ada disini ok! Sesapa yang tak study UPM boleh nak bagi cadangan ke, motivasi ke, nasihat ke, pandangan ke, sebab student macam aku ni sentiasa perlukan motivasi demi untuk mengelakkan terasa demotivated.

Babai!






Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.