Isnin, 21 September 2015

Watsons Promo

Waw!



Bestnya semalam beli Lip Ice kat watsons ada promo.

Beli satu Rm15.80 tapi kalau beli dua Rm18.00 SAHAJA. Nak beli satu ke dua. Mesti la dua kan. Haha.

Paling penting kena ada member card Watsons dulu la ye. Hehe.


Beli dua perisa satu fragrance free satu lagi strawberry. Hentam je. Janji lip ice kan.



                                                    Thanks for Reading This Entry!

Ahad, 20 September 2015

Persada Warisan Steamboat

Assalamualaikum,


Semalam punya cita pegi spend time makan steamboat Persada Warisan dengan famili. Haha. Happening sangat. Mana taknya dah plan sebulan yg lepas nak pegi makan dekat grup whatapps famili.


Balik je keja famili datang ambik, haha padahal steamboat tu belakang tempat keja je. Keke. 

Harga satu kepala hanya Rm19.90, kanak-kanak Rm9.00. Not bad. Sebab apa steamboat ni bukan sediakan lauk je. Nasi goreng pun ada. Haha. Saja nak bagi cepat kenyang ni. Nak untung jangan makan nasi banyak2 sangat. Sikit-sikit dah.

 Disebabkan tak makan langsung time keja. 2 kali jugak Shikin tambah nasi pastu steamboat lagi pastu aiskrim pastu rojak pulak. Haha. Melampau tak. Makan sampai lebam la.

Orang pulak tak ramai tu yg best tu, tak dela kelam kabut kan. Hehe. Start makan 6.30 ptg sampai la pukul 8 malam. Haha. Lama tak lama tak.


Kalau korang nak try steamboat ni boleh datang ke Kulim Hi-Tech dekat dengan KWSP Kulim dan Subway Kulim.

Belanja selfie ciked!







Eh pandai dia selfie ye :)



Babai !

Thanks for Reading This Entry!

ESP & Body Mass Index ku!

Assalamualaikum


BMI ku normal.

Harap lepas ni stay ideal ye.

Selalu sangat dah orang panggil papan dulu,kurus kering la. Haish. 

Suka-suka je kan label orang kan.

Even BMI tu exceed lebih kurang 0.05 , tetap jugak happy. 

Sebabnya dulu memang selalu sangatlah underweight.

Alhamdulillah 






Thanks for reading this entry!

Sabtu, 19 September 2015

CORNFLAKES FIRST TRIAL

Assalamualaikum


Hari ni nak update semalam punya keja.

Semalam Shikin buat cornflakes for the first time. Haha. Malu-malu. Buat jugak sebab ada somebody special ni request.

 Lama dah tak bekerja ngan oven ni. Start habis sekolah dah tak buat lagi dah baking-baking ni.


Ok. Jom tengok step nak buat cornflakes madu, simple2 je ni.


Cornflakes Madu




Bahan-bahan:



1/4 mentega
1/4 madu
Cornflakes (nestle)
Sprinkles/gula manik
Papercup




Steps:


1. Masukkan mentega & madu dalam periuk, panaskan dengan api yg kecil.




2. Lepas tu tunggu mentega & madu tu cair.




3. Sementara tu masukkan cornflakes dalam mangkuk.




4. Bila mentega dah cair, tunggu sejuk sikit pastu terus gaul dengan cornflakes sehingga sebati.


5. Susun paper cup dalam bekas.



 6. masukkan cornflakes yg dah digaul sebati kedalam paper cup tu.


7. Taburkan sprinkles atau gula manik di atas cornflakes tu.



8. Bakar dalam oven pada suhu 120-130 darjah celcius selama 8-10minit atau pun just sejukkan dalam peti ais je.

9. Siap!


Ce komen korang buat cornflakes camna?
Mana tau lagi sedapppp

Thank for reading this entry!

SEGMEN "UCING NAK URL"


Hai.

Join segmen ke-2 untuk hari ni even gusi tak berapa sihat hari ni.

Eh, tangan je menaip, gusi tak kacau kan. Hehehe 

Click banner untuk details ye

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/09/segmen-ucing-nak-url.html
 Ucing Kadayan

Bye!


SEGMEN BLOGWALKING SAMBIL FOLLOW


Assalamualaikum.

Segmen yang paling aku suka.

Jom join !

Click banner di bawah okay.


Boleh tambah follower dan traffic.

Bye!

Khamis, 17 September 2015

Cara Download Video Dari Facebook

Assalamualaikum,

Update blog kali kedua untuk hari ni. saja nak buat tutorial untuk download video dari facebook.

Actually dah ramai yg tahu nak download tapi saja nak share just note for myself.

Hehe..

Sebabnya tadi Shikin nak download video Kucing BSN ni. Sangat kiut gebus dan menyampah pulak tengok miow ni nyanyi sampai boleh tergelak sorang-sorang. Ni ha link nya, kalau korang nak tengok KLIK SINI ok



1. Pergi dekat video yang korang nak download tu.





2. Right click and get video URL.





3. Copy URL dan paste dekat new tab dan click go ataupun terus click go to https:// tu lagi senang.




4. Page tu akan jadi camni. Pastu tukar www. kepada m.




5. Press enter.



6. Lepas tu click play video tu then right click & save video as





7. Click save dan siap!





Happy Downloading ya!

Bye!

Cardigan Comel

Assalamualaikum.


Jom jenguk-jenguk cardigan comel ni.



Pearl Cardigan










Victoria Cardigan








Alice Cardigan



HARGA: RM45 termasuk postage.

Jom order,

Whatapps 013-4055519

Bye!











Selasa, 15 September 2015

Kurang 23 jam Keputusan UPU

Assalamulaikum,


Hari ni 14 september, genap la sebulan aku berumur 21 tahun. Mengundi pun dah daftar. Hehe. Awai-awai lagi abah dah sua borang suruh isi. Katanya pakcik ketua kampung suruh isi.




Sumber: Google
Esok 15 september pukul 12 tengahari keputusan rayuan UPU akan diumumkan. Nervous tu hanya Allah je yang tahu. Sebab aku takda la menaruh sepenuh pengharapan untuk result esok cuma mengharapkan yang terbaik. Kalau dapat peluang esok, inshaAllah, aku dah sangat bersyukur. Tapi kalau belum rezeki lagi esok, aku kena tunggu depan. Its ok sebab aku yakin ada sebab dan hikmahnya jadi macam tu kan.

Sumber : Google

Sekarang tinggal 2 choice je lagi untuk aku, UPU dan UPM laluan khas. Aku cuba berharap yang terbaik. Dan aku nak perbetulkan kekurangan dan kesilapan aku masa diploma dulu. Sebab result time diploma aku agak memuaskan.


Sumber : Google


Untuk degree aku nak kos lebih kepada bio dan math. If dapat la. Dan kalau boleh nak sambung ke peringkat pendidikan. Sebab macam susah nak dapat kos pendidikan sekarang. So antara choice untuk sambung bidang pendidikan, adalah dengan ambik diploma perguruan selama 2-3 tahun. Ke korang ada pendapat lain? Just share kat sini.

Menanti kurang 23 jam

INSHAALLAH

Babai!

Ahad, 13 September 2015

Bestnya ESP Shaklee

Bismilahhirrahmanirrahim,
&
Assalamualaikum gais


Encik ESP


Pernah dengar x. Nama panjang dia  Energizing Soy Protein

Esp ni based on soya dan paling bestnya Esp ni adalah non-GMO soya which mean, non Genetically Modified Organism. Yang bermaksud ESP ni berasaskan soya yang semulajadi yang sama sekali tidak diubah kandungan genetiknya.


Sebabnya aku dengar banyak cerita buruk mengenai soya.

Soya melemahkan kejantanan lelaki?

Soya mengganggu sistem reproduktif lelaki & wanita?

Soya menyebabkan kanser?

Soya bahaya pada kanak-kanak?

Korang boleh baca selebihnya dekat SINI.

Tapi pengalaman aku sendiri cuba ESP setakat ni, memang sangat ok, result tu belum ketara lagi sebab aku baru cuba ESP ni baru sebulan. 
Sebab sebelum ni aku consume B-Complex.

Tapi serius kulit muka nampak semakin ok. Parut jerawat dah nampak macam pudar. 
Masuk ni baru first canister jeee. Ni testimoni diri sendiri. Sorry belum ada testimoni bergambar. Coming soon.
InshaALLAH

Korang boleh baca dulu TESTIMONI kat bawah ni :


Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5



Actually banyak feedback positif dari pengguna tegar ESP Shaklee ni. 5 testimoni ni antara feedback yg terbaik selepas cuba ESP.

Thanks sebab baca entri ni & komen ciked.

Babai!

Khamis, 10 September 2015

Pesanan Untuk Wanita




Assalamualaikum semua,


Hari ni Ikin nak share something khas untuk kaum hawa, foto ni ikin dapat dari twitter. Dan ikin rasa why not ikin share kat sini untuk kebaikan semua.








Kalau tengok kat sini, tips 1 dan tips 2 tu memang ikin rasa kebanyakan girls dah tahu kan sebab ikin pun selalu jugak elakkan basuh rambut masa 1st and second day tu.



Dan ikin jugak kalau boleh selalu elakkan minum minuman berais waktu period. Cuma tips 3 dan 5 tu ikin tak pernah buat sebab tak pernah tahu pulak sebelum ni. 

So ni satu tips baru jugak untuk ikin.




Sumber : Google




Sumber: Google



Korang selalu period pain tak?

Sampai jadi macam gambar kat atas tu tak?

Alhamdulillah Ikin jarang ada period pain.

Kalau period pain, ikin recommend korang cuba produk Shaklee,



GLA COMPLEX


SID Shaklee :1184159

Whatsapps/Telegram : 013-4055519

Babai !

Rabu, 9 September 2015

" GIVEAWAY RM200 BY MKHAI.COM 2015 "



Assalamualaikum,

Dah follow blog & insta MKHAI awal-awal lagi tapi belum create entri. So now baru nak create entri.




Ok.

Pengalaman pertama Ikin dalam blogging bermula pada 2013 tapi just suka-suka ja create account google sebab nak tulis diari pasal arwah mak Ikin. Macam spontan je perasaan tu nak menulis kan. Macam diari la. Lepas create satu entri terus stop post entri sebab tak tau sangat function berblog ni. Sekarang dah jadi member Shaklee, so Ikin nak la ada satu medium untuk sharing kan, Thats all. TQ



5 BLOGGER BERTUAH DI TAG:

* Ikin pilih berdasarkan blogger yang terawal jejak kat blog Ikin yang masih baru tu :) Jangan marah aaa. Weee



Jom lee join ramai-ramai.




Tempoh Contest : 8/9/2015 - 8/10/2015
Hadiah Menarik Menanti Anda !
RM200
Macam mana nak menang ?
Entry yang menarik dan Traffic Sources yang paling banyak
&
make sure diorg follow syarat wajib di atas tu..hehehe..and may the best wins..apa tunggu lagi ? #kipidap #dongibab gaiss and girlls..

Selasa, 8 September 2015

Part Time Job With RedONE

Assalamualaikum,

Hari ni tetiba rasa nak update pasal kerja *temporary work. Sebab masih takhta student lagi. Belum kerja tetap. Sementara nak tunggu panggilan degree why not kerja part time dulu ke kan?

Kerja yang Ikin buat sekarang adalah kerja customer service di premier shop Redone. Boleh click kat Redone tu untuk view official page Redone. Sebuah telco yang network partner jugak dengan celcom. Dah dekat 5 tahun dah Redone kat Malaysia. Redone ni ada pro & kontra jugak lah nak dibandingkan dengan telco-telco lain. Pakej nya pun murah rm8 ja sebulan. Kalau user yang call je memanjang memang untung la sebab Redone user to Redone user percuma. Call unlimited. Cakap lama mana pun tiada caj which unlimited call & no limit minutes at all. Haa, mesti korang nak cakap tak ramai yang pakai Redone nowadays.

Ni la premier shop Redone di Kulim Hi-Tech Park


Pakej redONE. Kat bawah tu ada contact kalau korang berminat nak daftar.
And kat bawah tu ada alamat kedai sekali.
If korang nak call operator lain, Redone ada bagi 53 MINIT call percuma ke operator lain bagi setiap bulan which mean 53 minit dalam rm8 tu jugak laa. Selama 7 bulan involve dengan dunia telecommunication ni macam-macam jugak la tahu. Tapi serius talk, kalau pakcik2 makcik2 yang jarang guna fon tapi still kena topup tiap minggu just untuk aktifkan fon patut sangat bertukar ke Redone. Sebabnya rm8 untuk 30 hari pengaktifan. Tak perlu topup untuk aktifkan fon. Sebabnya sepanjang kerja, ada pakcik ni kredit sampai beratus-ratus dalam fon tak guna. Topup tapi tak guna. Cuma nak aktifkan fon je. Kan rugi kat situ. Selalu customer pakcik2 ni Ikin akan recommend pakai Redone. Jimat lah.

Haa. Ni lagi detail buat yang tak berapa clear even dah baca pamplet kat atas tu.
Memang tak dinafikan pakej internet Redone boleh dikatakan lebih kurang sama ja dengan telco lain. Ikin selalu subscribe 1gb+ rm30 untuk sebulan. Not bad sebab data Redone unlimited. Faham tak?

Ok. Kalau guna habis quota 1gb tapi still on data tiada caj tambahan atau caj PPU (pay per use) Cuma rate internet tu slow tapi whatapps twitter wechat still boleh on macam biasa. Mungkin facebook youtube loading sikit. Ni bukan reka cerita tapi Ikin dah pakai dah buat eksperimen dah pun. Hewhew

Paling obvious customer yang dah pakai satu family. Satu family 5-6 line dalam satu akaun dan bil bulanan mereka hanya rm100-rm150 ja kalau sekali internet la kan. Kalau tak ambik internet 5 line x rm8 = rm40 sebulan. Jimat tak? Jimat sangat. Tapi macam Ikin cakap tadi telco ni mesti ada pro & kontra kan, ada baik ada buruk tapi tak salah nak cuba dulu kan.


Kerja customer service ni nampak je mudah tapi stress jugak oii. Sekali dapat customer yang memang sedih (annoying), apa yang mampu hanya senyum. Yela, customer always right kan? Ada ja pernah customer mengamuk siap nak pukul segala, Ikin biar ja anak bos yang settlekan. Kalau tak boleh jugak, biar polisi settlekan. Yang tak sabar-sabar pun ada. Tak pandai nak tunggu turn. Eh, pandai sebenarnya tapi taknak ikut peraturan. “Eh tau tak ramai lagi kitorang nak serve? Bukan awak je”, hmm cakap dalam hati je la yang mampu. Selalu orang cakap hati mau sado.

Tapi tak semua customer macam tu, actually seronok kerja as customer service bila customer tu give & take, tahu yang kerja customer service ni dilakukan oleh manusia biasa dengan bantuan sistem. Eh saintifik pulak ayat nye kan. Ada ja case sampai berhari-hari baru dapat settle, take time selama tu bukanlah sebab kami tidak buat kerja tapi kami perlu kan proses untuk servis buat anda.

Ada jugak yang dah habis explain tapi masih tanya dan tanya. Ikin paham yang Redone ni masih baru berbanding telco lain, so Ikin dengan sabar nya mengulang & mengulang explaination tu sampai lenguh. Hihi

Im not saying this job not good or very good at all. Sekadar cari & kutip pengalaman.

Waktu kerja
Apa-apa pun, Ikin dapat banyak ilmu pasal telco, data, handphone, how to serve customer, how to give best explaination to people & how chinese manage their bussiness.

Ikin dah nak stop kerja Redone sebab fokus study dan Shaklee. Kutip pengalaman apa sahaja asalkan tidak lupa kewajipan kita pada ALLAH kan.


Terima kasih sudi baca entri yang panjang lebar ni *wink wink
Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.